Ramai wanita bekerjaya masa kini, tetapi selepas berumahtangga ramai yang memikirkan untuk berhenti kerja. Namun, faktor kewangan menyebabkan kaum wanita terpaksa teruskan pekerjaan. Kalau ditanya setiap wanita semua ingin duduk di rumah menjaga anak dengan pendapatan yang selesa. Hakikatnya tidak semudah itu, faktor ekonomi menjadi lebih penting dari keinginan wanita.
Dalam artikel kali ini, shimaomar.com akan kupaskan topik ini untuk anda.
Sebelum saya mula, jangan lupa like dulu Facebook Page Shima Omar dan Facebook Page Shima DND Partner tau!
Namun ramai juga wanita membuat pilihan untuk berhenti kerja dan berjaya menjadi wanita hebat. Nak saya sharekan 7 tips berhenti kerja menjadi wanita hebat. Jangan jadikan keputusan berhenti kerja kehidupan kita semakin susah.
Tips Pertama
Tip pertama adalah tanya Allah, mohon betul-betul petunjuk dengan yang maha Esa atas keputusan yang ingin dibuat. Bila hati telah nekad dan redha atas apa jua keputusan buat tindakan seterusnya. Mohon semoga keputusan berhenti kerja menjadi kehidupan kita lebih bermakna dan lebih bahagia tanpa tekanan seperti sebelumnya.
Tips Kedua
Kedua adalah minta izin suami agar suami tidak terperanjat dan dapat menguruskan kewangan keluarga dengan baik, sama ada perlu kurangkan mana-mana kos yang berkaitan seperti menjual sebuah kereta hanya menggunakan satu kereta sahaja. Keizinan suami sangat penting agar hidup kita mendapat redha Allah. Bukan sahaja minta izin untuk bekerja tetapi berhenti kerja juga perlu dibincangkan dan dipersetujui agartidak menimbulkan sebarang masalah dikemudian hari.
Tips Ketiga
Ketiga adalah maklumkan kepada keluarga dan mak ayah mertua atas keputusan yang telah diambil serta minta mereka doakan kesejahteraan kita. Berkat izin ibubapa serta doa mereka akan menjadikan hidup kita diberkati untuk menjadi seorang wanita hebat.
Tips Keempat
Apa Maksud Wanita Hebat Ini?
Maksud wanita hebat disini ada kaitan dengan tips ke 4 iaitu fikir cara bagaimana untuk bantu suami dari segi kewangan agar tidak menjejaskan ekonomi sedia ada. Banyak cara yang paling mudah bila duduk dirumah sambil lakukan bisnes online yang tidak melibatkan kos yang tinggi dan bebas masa bertindak atau bergerak. Pilihan yang bijak sangat penting untuk menjadikan kita sebagai wanita hebat dalam mencari rezeki untuk tujuan bantu suami.
Tips Kelima
Tips ke 5 selepas memilih bisnes online yang bersesuaian, haruslah wanita mencari ilmu sebagai panduan untuk kita bertindak mengikut cara yang betul . Ramai di kalangan wanita menjadi usahawan hebat telah berkongsi ilmu bagaimana cara untuk menjana pendapatan bermula dari rumah. Apabila kita telah membuat keputusan untuk memilih bisnes yang sesuai dengan kita dan berbincang dengan suami untuk mendapat izinnya melaksanakan bisnes tersebut.
Tips Keenam
Tip ke 6 adalah berada dalam kumpulan atau circle yang betul. Apa kebaikan berada dalam kumpulan atau circle yang betul, tujuannya adalah untuk kita sentiasa semangat dan sentiada dibekalkan dengan majlis ilmu sama ada ilmu duniwi dan ukharawi. Jadi tidak lah kita menjadi orang yang asing tanpa teman dan rakan bila tidak bekerja, malah kita mempunyai lebih ramai lagi kawan-kawan yang ingin berjaya. Ada juga yang memilih circle ni sebagai satu tempat untuk bersilaturahim. yang mana kita tahu dalam silaturrahim akan memanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Secara tidak langsung kita telah mempunyai ramai kawan malah lebih ramai dari kawan yang masa kita bekerja. Pastikan circle yang kita join adalah circle yang membekalkan ilmu agama, bisnes, pemasaran dan sebagainya.
Tips Ketujuh
Akhir sekali yang ke 7 adalah bersyukur. Apa jua yang kita dapat sama ada ianya gembira atau sedih tetap kita kena bersyukur. Ada orang hanya bersyukur bila diberi rezeki, ramai yang menganggap setiap dugaan itu sebagai bala dan tidak bersyukur. Itu adalah kesilapan sebenar kera setiap apa yang Allah berikan kepada hambanya adalah yang terbaik. Kena sentiasa rasa syukur dan melihat syukur itu dalam pelbagai kategori. Apabila kita sentiasa bersyukur Allah akan tambahkan sumber rezekinya.
Begitulah 7 perkara penting yang harus wanita lakukan sekiranya ingin menjadi wanita hebat, bermula dengan penyerahan sepenuhnya kepada Allah yang maha kuasa, keizinan suami dan makluman kepada keluarga, berfikir mencari peluang bisnes yang dapat membantu ekonomi suami dengan bekerja di rumah, mencari ilmu dengan join circle yang positif dan akhirnya bersyukur atas apa sahaja yang berlaku.