Ramai orang sudah mula sedar dan berminat untuk mulakan bisnes sekarang ni. Ini merupakan satu perkembangan yang positif untuk ekonomi negara kita.
Sungguh saya katakan saya sangat gembira dengan apa yang berlaku sekarang kerana orang sudah nampak yang bisnes merupakan salah satu cabang pendapatan hidup.
Tapi hakikatnya tak semua orang boleh berjaya dengan mudah dalam bisnes ni. Bukan senang sebenarnya untuk bina satu perniagaan yang mampu memberikan pulangan dan sara hidup kita.
Dunia bisnes ini penuh dengan cabaran dan dugaan yang anda mungkin tak sangka. Berapa ramai yang dapat bertahan dengan cabaran dan dugaan yang ada dalam dunia ini. Ianya memerlukan kecekalan dan ketabahan diri.
Yang penting adalah anda perlu jelas ke mana anda nak pandu dan kemudi bisnes yang sedang anda jalankan sekarang. Tanpa hala tuju yang jelas, anda tak akan nampak jalan ke mana anda nak bawa bisnes anda nanti.
Baiklah, untuk tidak membuang masa lagi, saya akan kongsikan kepada anda 3 sebab utama kenapa ramai yang berniaga tapi rugi. 3 sebab utama ini kalau kita dapat atasinya, saya yakin dan percaya yang kita boleh berjaya dalam apa yang kita lakukan.
Tapi sebelum saya teruskan, boleh tak saya nak minta tolong anda supaya like dan share Facebook page Shima Omar dan Shima DND Partner?
Sebagai tanda sokongan anda kepada perkongsian saya. Saya juga akan update konten-konten yang berkualiti di sana. Sokongan anda sangatlah saya hargai.
Jangan lupa juga yang blog Shima Omar juga perlukan sokongan daripada anda juga. Jika perkongsian saya bermanfaat buat anda, jangan lupa sebarkan kebaikan ini kepada lebih ramai orang agar mereka juga akan mendapat manfaat yang sama seperti anda.
Jom kita kupaskan topik kita pada hari ini.
3 Punca Utama Kenapa Banyak Bisnes Gagal
Ada banyak sebab sebenarnya kenapa bisnes yang anda jalankan tersebut gagal. Tapi daripada pemerhatian saya ada 3 punca utama yang menyebabkan perniagaan yang kita buat tersebut gagal.
Dan surprisingly, 3 punca kegagalan tersebut sebenarnya bermula daripada tindakan yang anda sendiri lakukan. Banyak kegagalan yang berlaku sebenarnya berpunca daripada diri kita sendiri!
Daripada sikap, tindakan dan juga keputusan yang kita lakukan.
- Tidak Memahami Pasaran Dengan Betul
- Tidak Kuasai Pengiraan Kos Yang Betul
- Tidak Bertindak Dengan Aggresif
Baiklah kita akan kupaskan 3 punca ini dengan lebih dalam lagi.
Tidak Memahami Pasaran Dengan Betul
Ramai orang yang baru mula nak buat bisnes mereka tidak faham pasaran dengan betul. Ini menyebabkan produk atau servis yang mereka tawarkan kurang mendapat sambutan daripada prospek mereka.
Bagaimana perkara ini boleh terjadi?
Ada banyak sebab, antara sebab utama kenapa ianya berlaku adalah banyak peniaga atau usahawan di luar sana yang buat bisnes kerana terikut-ikut dengan apa yang orang lain jual.
Bila tengok orang jual nasi lemak laku, dia pun nak jual nasi lemak juga.
Bila tengok orang jual produk kulit tegang laku, dia pun nak jual produk tegang kulit juga.
Bila tengok orang jual ikan laku, dia pun nak jual ikan juga.
Nampak atau tidak trend yang berlaku sekarang?
Akibat terlalu terikut-ikut nak buat atau jual apa yang orang lain jual, ramai yang tak faham dan ambil mudah tentang permintaan dalam pasaran.
Mereka tidak tahu game sebenar bagaimana orang menjual produk yang laku keras. Bagaimana mereka trigger emosi pelanggan, bagaimana strategi untuk jadikan pelanggan berlumba-lumba nak dapatkan produk atau servis yang mereka jual.
Kalau anda tak faham game anda, anda sebenarnya telah kalah dalam permainan mereka.
Kalau anda tidak faham permintaan dan kehendak pelanggan, susah untuk anda jual produk atau servis yang sama dengan mereka.
Walaupun mereka mampu buat jualan yang lebat, anda tak semestinya dapat buat jualan seperti mereka. Kalau dapat jualan pun mungkin tempias daripada lebihan pelanggan yang mereka tak sempat layan.
Tidak Kuasai Pengiraan Kos Yang Betul
Ini juga merupakan salah satu kenapa banyak bisnes gagal.
Percaya atau tidak, terima atau tidak, duit sebenarnya adalah oksigen untuk sesuatu bisnes.
Sama seperti kita perlukan oksigen untuk bernafas, bisnes perlukan duit untuk hidup.
Tanpa duit bisnes tak dapat berfungsi dengan betul dan jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan untuk atasinya, bisnes tersebut boleh mati.
Jika nak dikupaskan topik pengiraan kos yang betul, ianya mungkin akan memakan masa yang lama dan memerlukan penulisan yang lebih panjang.
Topik pengiraan kos ini sebenarnya sangat luas. Mungkin saya akan bincangkan tentang topik ini dengan lebih lanjut lagi dalam artikel-artikel yang lain. Jadi stay tuned dan sentiasa kekal bersama shimaomar.com untuk topik-topik yang lebih menarik!
Saya boleh katakan yang pengiraan kos yang betul dapat menyelamatkan bisnes anda. Tanpa pengiraan dan pengurusan kos yang betul, akan berlaku banyak kebocoran dalam aliran kewangan bisnes anda.
Percayalah, sekiranya berlaku kebocoran pada lairan kewangan yang anda tak nampak atau tak boleh kawal, sebenarnya sedikit demi sedikit bisnes anda akan kehilangan oksigen untuk hidup.
Dan pada ketika itulah sebenarnya anda telah membunuh bisnes anda sendiri!
Tidak Bertindak Dengan Aggresif
Dalam dunia bisnes anda perlu lakukan tindakan yang cepat dan tepat! Kerana dunia bisnes ini sangatlah kompetetif!
Kalau anda lambat bertindak, sebenarnya anda telah terlepas peluang keemasan yang ada di depan mata anda.
Biasanya sikap berlengah, bertangguh dan takut yang menyebabkan kita tak buat keputusan dengan pantas dan tepat!
Saya faham, untuk melakukan satu tindakan yang cepat dan tepat memerlukan satu keberanian dan kecekalan yang tinggi. Tak semua orang mampu lakukannya.
Tapi, sekiranya anda sudah masuk ke dalam dunia ini, anda mahu atau tidak perlu beranikan diri dan cekalkan hati dan buang sikap berlengah dan bertangguh untuk berani membuat keputusan dengan pantas.
Cuba buang sikap berlengah dan ber”nanti-nanti” yang ada dalam diri kita supaya kita boleh segera melakukan tindakan yang cepat dan aggresif dalam bisnes kita. Barulah kita boleh berjaya.
Bagaimana untuk jadi berani buat keputusan dengan pantas dan tepat?
Jawapannya adalah dengan ilmu!
Ya! Betul, tanpa ilmu sebenarnya pilihan untuk anda buat keputusan dengan cepat dan tepat adalah sangat terhad!
Lagi satu, circle positif dan guidance yang bagus juga anda perlukan bagi membolehkan anda mengurangkan kesilapan dalam mengambil keputusan.
Belajarlah daripada kesilapan-kesilapan yang pernah orang lain lakukan supaya anda boleh elak daripada melakukan kesilapan yang sama.
Perlukan Circle Yang Positif Dan Guidance Yang Bagus Dlam Bisnes?
Jom sertai saya dalam bisnes kesihatan DND. Jadi sebagai salah seorang team saya untuk belajar bagaimana nak buat bisnes ini dengan betul.
Jangan lakukan kesilapan yang pernah saya lakukan dahulu. Learn from my past mistakes!
Izinkan saya untuk bantu anda ubah hidup anda. Saya yakin anda juga mahukan hidup yang lebih baik daripada apa yang anda ada sekarang.
Antara kelebihan lain yang anda akan dapat selain daripada jana pendapatan, anda juga boleh dapatkan produk-produk DND pada harga eksklusif.
2 in 1. Boleh jana pendapatan dan manfaat daripada penggunaan produk DND ni.
Jom kita sama-sama berjaya dalam bisnes ini. Klik butang di bawah untuk sertaai saya di puncak kejayaan!
Ingat! Tindakan anda hari ini akan menentukan di mana anda akan berada di masa akan datang!
Baiklah sekian dahulu perkongsian saya pada artikel kali ini. Saya harap anda dapat sesuatu daripada apa yang saya kongsikan dalam artikel ini.
Jika anda rasa artikel saya ini sangat bermanfaat kepada anda, sila kongsikan artikel ini kepada lebih ramai orang lagi di luar sana.
Supaya mereka juga akan mendapat manfaat yang sama seperti anda.
Anda boleh menggunakan butang media sosial yang ada pada artikel ini untuk tolong saya sebarkan manfaat kepada lebih ramai lagi orang di luar sana.
Mungkin ada yang perlukan konten yang saya sampaikan dalam artikel ini untuk mereka ubah nasib dan hidup mereka.
Sekian dahulu, kita jumpa lagi dalam perkongsian artikel saya yang akan datang!