fbpx

Shima Omar

Shima-Omar-4-Rahsia-Bisnes-Online

4 Rahsia Penting Untuk Mulakan Bisnes Secara Online. Rahsia #4 Ramai Yang Tak Sangka

Musim PKP tanpa sedar, lagi setengah tahun kita akan jejak tahun 2022, adakah kita telah berjaya dalam bisnes online. Adakah kita telah lakukan rahsia penting untuk bermula? Adakah simpanan kita telah meningkat setiap bulan dalam bisnes online? Inilah rahsia penting yang perlu kita tahu.

Eh, eh…

Sebelum saya mula, jangan lupa like dulu Facebook Page Shima Omar dan Facebook Page Shima DND Partner tau!

Dan terima kasih juga atas sokongan anda kepada blog Shima Omar.

Anda dah baca ke perkongsian saya dalam artikel sebelum ini?

Kalau belum, jemput baca perkongsian artikel saya sebelum ini tentang 3 Sebab Kenapa Bisnes Anda Rugi.

Mungkin anda boleh dapat manfaat daripada perkongsian saya dalamartikel tersebut.

Sokongan yang anda berikan kepada Facebook Page dan blog Shima Omar adalah sangat saya hargai.

Mungkin seakrang saya tak mampu lagi nak balas jasa anda atas sokongan yang anda berikan kepada saya, tapi akan datang kita tak tahu lagi kan?

Buat masa sekarang saya boleh bagitahu, syurga kirim salam kepada anda. Sokongan dan dorongan yang anda berikan akan menjadi pembakar semangat saya untuk berkongsi lebih lagi konten-konten yang bermanfaat kepada anda.

Baiklah, jomkita berbalik kepada topik utama artikel perkongsian saya kali ini.

Ramai yang mulakan bisnes kerana mengikut kawan-kawan. Tanpa ada ilmu atau rahsia penting menjayakan bisnes online. Rahsia penting ini mesti dikuasai sebagai permulaan untuk berjaya dalam bisnes online

Orang yang nak maju dan berjaya dalam bisnes online dengan lebih cepat, mereka adalah orang yang sentiasa mahu belajar dan terus belajar serta mesti kuasai rahsia penting untuk berjaya. Result hanya akan berubah bila kita buat tindakan 4 rahsia penting untuk berjaya dalam bisnes secara online.

Ramai yang bersemangat dengan kejayaan orang lain tapi gagal mengikut dan bertindak dengan rahsia penting untuk berjaya dalam bines online. Ramai yang bermula dengan menjual tanpa amalkan rahsia penting untuk bermula atau mencari ilmu yang betul untuk berjaya.

Biasanya kita akan mulakan bisnes online dari upline atau dari kawan, adakah kita ikut apa yang upline suruh dan buat tindakan sepertimana yang telah diajar atau kita mulakan sendiri tanpa ada mentor dan kita mula sesat jalan apabila tidak lakukan rahsia penting ini.

Sebab itu saya ingin mencari lebih ramai orang untuk saya bimbing dengan lebih dekat supaya dapat memiliki pendapatan sekurang-kurangnya RM10 ribu sebulan dalam bisnes secara online dengan melaksanakan rahsia penting kejayaan ini.

Tetapi semua berbalik pada kita kerana pilihan dan tindakan di tangan kita. “Fast Action, Fast Result, No Action, No Result.” Tindakan utama yang mesti kita lakukan adalah 4 rahsia penting untuk berjaya sebelum bertindak lebih pantas.

Jom kita semak 4 rahsia penting mencapai kejayaan dalam bisnes online yang telah kita lakukan atau kita telah tersalah haluan. Berikut adalah 4 rahsia untuk berjaya mulakan bisnes secara online

4 Rahsia Penting Untuk Mulakan Bisnes Online

  1. Hargai peluang yang ada
  2. Mulakan Bisnes Anda
  3. Kukuhkan diri dengan konsep 3M dan 3D
  4. Tidak putus sandaran kepada Ilahi

Hargai peluang yang ada

Shima-Omar-4-Rahsia-Bisnes-Online-Hargai-Peluang

Ingat kembali dan renung apa peluang yang pernah kita dapat, adakah kita hargai setiap peluang yang ada, atau kita selalu salahkan takdir sebab gagal dalam kehidupan. Peluang yang kita dapat adalah salah satu rahsia penting kejayaan kita. Bagaimana kita menggunakan peluang tersebut untuk kita bantu diri kita dan juga orang lain.

Pengalaman saya sebagai bisnes online produk kesihatan. Kenapa perlu produk kesihatan? Sebab dapat membantu orang lebih sihat serta dapat memberi lebih manfaat. Ini kerana rahsia penting kajayaan juga adalah memberi manfaat kepada lebih ramai orang . Tanpa ilmu kesihatan setiap persoalan gagal kita selesaikan. Inilah peluang yang saya rebut untuk jadikan diri lebih memberi manfaat kepada orang lain.

Mulakan Bisnes Anda

Shima-Omar-4-Rahsia-Bisnes-Online-Mula-Bisnes

Bagaimana kita bermula dengan sesuatu bisnes. 4 rahsia penting yang ramai orang tidak jelas iaitu latar belakang syarikat, produk syarikat, leader atau team yang ada dalam syarikat serta arah tuju bisnes kita. Rahsia penting ini pelu kita jelas untuk kita membuat keputusan yang muktamat dalam memilih sesuatu bisnes online.

Permata, sejauh mana kita kenal dengan syarikat yang kita daftarkan sebagai ejen atau dropship, rasa tak sayang kita kepada syarikat dan ada tak doa kita untuk syarikat terus maju. Ini adalah rahsia penting yang selalu kita lupa.

Kedua, produk yang akan kita pasarkan, sejauhmana kita tahu produk tersebut, seramai mana testimoni produk tersebut dan paling penting adakah kita amalkan produk yang kita jual. Ramai juga yang menjual produk tanpa mereka sendiri guna. Rahsia penting ini sering mereka lupa dan selalu mengambil testimoni orang lain untuk gunakan sebagai bahan iklan.

Ketiga, dari kumpulan mana kita berada, siapa ketua kita dan siapa rakan group kita. Adakah kita berada dalam kumpulan yang betul untuk kita membawa bisnes ke masa akan datang. Ramai yang tidak ambil peduli tentang hal ini, sedangkan rahsia penting disini adalah pemilihan circle yang betul untuk kita terus bersemangat dan jelas arah tuju kita dengan sokongan rakan-rakan partner.

Keempat, sejauh mana kita tahu dan faham perjalanan bisnes kita dalam masa 100 hari. Pelajari dan fahami ilmu yang diajar oleh upline dan bertindak dengan betul untuk mencapai roadmap masing-masing. Rahsia penting yang sangat mahal, ramai orang tidak tahu perjalanan 100 hari bisnes yang kita lakukan kerana tiada roadmap yang jelas untuk kita teruskan jika tersasar jauh.

Kukuhkan Diri

Shima-Omar-4-Rahsia-Bisnes-Online-Kukuhkan-Diri

Apa persediaan yang kita telah buat selepas kita mengambil keputusan untuk join sebagai ejen produk atau dropship produk. Rahsia penting disini adalah lengkap tak diri kita dengan ilmu untuk kita teruskan perjalanan 100 hari bisnes kita. 2 rahsia penting di sini adalah Formula 3M dan Formula 3D yang mesti kita faham dan bertindak.

Amalkan formula 3M iaitu matlamat, mentor dan motivasi. Jelaskan matlamat iaitu hubungan dengan Allah, keluarga, diri sendiri dan bisnes. Bila matlamat jelas baru kita boleh meletakkan target pendapatan.

Namun 3M perlu disandarkan dengan konsep 3D iaitu dedikasi dalam menjalankan perniagaan, disiplin dan determinasi iaitu Buat Kasi Jadi.

Tidak Putus Sandaran Kepada Ilahi

Shima-Omar-4-Rahsia-Bisnes-Online-Sandar-Pada Allah

Dalam kita berusaha untuk capai kejayaan jangan lupa setiap usaha itu Allah izinkan, ingat ALLAH sentiasa bersama kita.

Kita sebagai manusia yang dijadikan oleh Allah di muka bumi ini tak boleh nak lari daripada-Nya kerana semua yang ada di dunia dan alam semesta ini adalah milik-Nya.

Jadi kita sebagai hamba tak sepatutnya menjadikan benda-benda atau kuasa-kuasa lain sebagai sandaran kita dalam menempuhi dunia bisnes online ini.

Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik pelindung dan penolong dalam kita mencapai sesuatu yang kita inginkan di dunia ini.

Banyak-banyakkanlah berdoa kepada-Nya kerana doa itu PERCUMA dan senjata yang ampuh untuk kita memohon pertolongan-Nya.

Janganlah kita menjadi seorang yang sombong dan tidak sedar diri sehingga kita melupakan Allah tuhan yang maha esa dan maha berkuasa.

Ingatlah tujuan kita diciptakan di dunia ini adalah untuk beribadat kepada-Nya.

Maka jadikan setiap apa yang kita buat seharian sebagai satu ibadah dengan berniat setiap apa yang kita lakukan itu adalah kerana Allah serta ingin mendapat keredhaan Allah.

Kesimpulan

Ramai yang gagal dalam bisnes online dan suka menukar-nukar bisnes tanpa melakukan 4 rahsia ini dengan betul. Sabar adalah sangat penting yang bermaksud kita perlu bertahan dalam satu-satu bisnes serta memberi tempoh berapa tahun sebenarnya nak kita berjaya. Bila telah ada roadmap dan mentor maka kita perlu bertindak dengan jelas mengikut matlamat yang kita nak capai.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjana income boleh follow fb page Shima Omar dan Shima DND Partner atau hubungi talian 014-9857091

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top